Khamis, 9 Oktober 2008

bab4

Kronologi Peristiwa Hubungan Melaka dengan China
1404
Maharaja Yung Lo menghantar Laksamana Yin Ching ke Melaka bermatlamat


memperluaskan kawasan dagangan





1405 -
Kerajaan Ming mengiktiraf Parameswara sebagai raja

1409
a
Laksamana Cheng Ho dihantar bersama-sama satu inskripsi pengiktirafan iaitu

cop mohor, payung kuning dan kain sutera


b.
Menurut laporan Ma Huan iaitu dalam karyanya Ving-Tai Sheng, Melaka merupakan

kerajaan yang pertama menerima inskripsi ini


c.
Laksamana Cheng Ho dan Ma Huan iaitu seorang jurubahasa melawat Melaka yang


bertujuan mengeratkan hubungan




1411
Parameswara melawat China sebagai membalas lawatan pembesar China ke Melaka demi

merapatkan lagi hubungan persahabatan




1412
Megat Iskandar Shah melawat China




1413
Laksamana Cheng Ho melawat Melaka untuk kali ketiga



1419
Lawatan Iskandar Syah untuk kali ketiga
Kerajaan Angkor
1.
Kerajaan Angkor diasaskan pada abad ke-9 Masihi
2.
Pusat kerajaan ini terletak di kawasan hilir Sungai Mekong
3.
Kawasan selatan tasik Tonle Sap menjadi kawasan pertanian utama kerana
a. Mempunyai tanah yang rata serta lumpur lanar yang subur untuk pertanian
b. Iklim yang panas serta lembab sepanjang tahun
c. Air banjir pada musim hujan dari Sungai Mekong akan mengairi kawasan sekitar tasik
d. Air banjir ini kemudian disalirkan melalui terusan ke kawasan sawah padi yang lain
e. Tasik ini juga membekalkan ikan kepada penduduk
4.
Kerajaan Angkor membina baray untuk kemudahan sistem pertanian
a. Baray ialah kolam air yang dibina untuk menampung 30 juga meter padu air
b. Air disalirkan kepada 12.5 juta ekar sawah
5.
Raja dalam sistem pemerintahan Angkor pula mempunyai kuasa mutlak dan sianggap
sebagaiDewaraja.
6.
Raja akan dibantu oleh kaum kerabatnya ketika menjalankan tugas pentadbiran
7.
Antara pemerintah yang termasyhur dan mencapai zaman kegemilangan ialah zaman
pemerintahan Suryavarman II
8.
Pada zaman kegemilangan ini, kerajaan Angkor telah menerima agama Hindu-Buddha
sebagai agama utamanya
9.
Angkor Wat merupakan bukti penerimaan agama Hindu-Buddha oleh kerajaan Angkor
Kerajaan Awal Di Asia Tenggara
1.
Sejarah kerajaan awal di Asia Tenggara di bahagikan kepada dua kerajaan iaitu
a) Kerajaan agraria
b) Kerajaan maritim
2.
Kerajaan agraria terdiri darupada kerajaan Funan dan kerajaan Angkor
3.
Kerajaan maritim terdiri daripada kerajaan Champa, kerajaan Srivijaya, kerajaan Majapahit
kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Chih Tu
Kerajaan awal di Asia Tenggara
Kerajaan Agraria
Kerajaan Maritim
* Keraajaan Funan* Kerajaan Angkor
* Kerajaan Champa* Kerajaan Srivijaya* Kerajaan Majapahit* Kerajaan Kedah Tua* Kerajaan Chi Tu

bab3

Kerajaan Awal Di Asia Tenggara
1.
Sejarah kerajaan awal di Asia Tenggara di bahagikan kepada dua kerajaan iaitu
a) Kerajaan agraria
b) Kerajaan maritim
2.
Kerajaan agraria terdiri darupada kerajaan Funan dan kerajaan Angkor
3.
Kerajaan maritim terdiri daripada kerajaan Champa, kerajaan Srivijaya, kerajaan Majapahit
kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Chih Tu
Kerajaan awal di Asia Tenggara
Kerajaan Agraria
Kerajaan Maritim
* Keraajaan Funan* Kerajaan Angkor
* Kerajaan Champa* Kerajaan Srivijaya* Kerajaan Majapahit* Kerajaan Kedah Tua* Kerajaan Chi Tu
Zaman Paleolitik
Zaman Paleolitik (Bahasa Inggeris: Paleolithic atau Palaeolithic, Yunani:παλαιός (palaios) — purba dan λίθος (lithos) — batu) adalah zaman yang bermula kira-kira 50 000 hingga 100 000 tahun dahulu. Zaman ini wujud antara tahun 50 000 SM - 10 000 SM.
Pada zaman ini, manusia Peking dan manusia Jawa telah wujud. Di Afrika, Eropah dan Asia, manusia Neanderthal telah hidup pada awal tahun 50 000 SM, manakala pada tahun 20 000 SM, manusia Cro-magnon sudah menguasai kebudayaan moden di Afrika Utara dan Eropah.
Pada zaman ini, manusia hidup secara nomad atau berpindah-randah dalam kumpulan kecil untuk mencari makanan. Mereka memburu binatang, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan sebagai makanan. Mereka tidak tahu bercucuk-tanam. Mereka menggunakan batu, kayu dan tulang binatang untuk membuat peralatan memburu. Alat-alat ini juga digunakan untuk menetak dan mempertahankan diri daripada musuh. Mereka membuat pakaian daripada kulit binatang. Selain daripada itu mereka juga telah pandai menggunakan api untuk memasak, memanaskan badan dan menakutkan binatang. Mereka tahu menggunakan api apabila menyaksikan kebakaran hutan.
Manusia ini tinggal di dalam gua atau pondok yang diperbuat daripada ranting dan rumput. Gua atau pondok ini penting untuk melindungi diri daripada binatang liar atau cuaca buruk. Mereka mengamalkan kepercayaan animisme iaitu setiap benda mempunyai roh. Pada dinding gua terdapat gambar-gambar yang dilukis oleh mereka untuk melahirkan idea dan perasaan mereka.
Rujukan
Khoo, Kay Kim; Ahmad Fawzi bin Mohd. Basri; Mohd. Fo'ad bin Sakdan; Azami bin Man (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan 1. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN



Ciri-ciri Penempatan
Pada Zaman Paleolitik ini, manusia menggamalkan hidup secara berpindah-randah mencari kawasan baru atau dikenali sebagai hidup nomad.
Biasanya mereka tinggal di kawasan yang terbuka iaitu di luar gua, di dalam gua dan juga mereka hidup di kawasan sekitar tasik dan kolam.
Kegiatan dan Peralatan
Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian.
Mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun. Mereka juga mengamalkan cara hidup sara diri.
Selain itu, mereka menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian.
Kepercayaan
Dalam bab kepercayaan , mereka mengamalkan kepercayaan animisme.Mereka juga mengamalkan upacara perkuburan.
Lokasi Di Malaysia
Kota Tampan, Perak
Bukit Jawa, Perak
Bukit Bunuh, Perak
Gua Niah, Sarawak
Tingakayu, Sabah
ZAMAN NEOLITIK

Pengenalan
Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Daripada pelbagai bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat besar. Contoh petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah Hwang-Ho, Lembangan Sungai Eupharates dan Tigris dan sebagainya.

Ciri-ciri
Tempat Tinggal
Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya. Bukti yang menunjukkan manusia Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiang-tiang kayu yang ditinggalkan oleh orang zaman ini di Switzerland. Tiang-tiang ini telah ternampak apabila air tasik besar ini menjadi tohor. Setelah dikaji, didapati rumah ini disambungkan antara satu sama lain dan tebing tasik dengan titi-titi yang boleh diangkat pada waktu malam untuk menjaga keselamatan.

Cara Hidup
Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Kini, cara hidup mereka juga lebih teratur. Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah kampung. Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Setiap kampung mempunyai seorang ketua yang akan menyelesaikan sebarang pertikaian yang berkaitan dengan pertanian dan hak milik tanah. Benteng dibina untuk melindungi kampung itu daripada serangan musuh atau binatang liar. Faktor utama yang mendorong orang Neolitik hidup secara tetap ialah mereka perlu menjaga tanaman dan binatang ternakan mereka daripada dimusnah oleh binatang dan serangga perosak.

Kegiatan Harian
Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang mengagumkan. Kini mereka menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Selain daripada bercucuk tanam dan menternak binatang, masyarakat ini juga terus memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Tujuan mereka melakukan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan bekalan makanan tambahan. Selain itu, masyarakat ini juga mula menghasilkan alat tenunan, kain dan tembikar.

Peralatan
Orang Neolitik telah mencipta alat-alat yang lebih elok dan halus seperti kapak, beliung dan pisau daripada batu dan juga logam untuk memburu, memotong dan bercucuk tanam. Selain itu, teknologi baru dalam bidang pertanian seperti bajak, tajak atau cangkul juga diperbuat daripada granit juga dicipta. Penggunaan peralatan yang disebutkan di atas telah membantu masyarakat ini menghasilkan pelbagai jenis tanaman. Orang Neolitik juga pandai menganyam bakul. Bakul yang dianyum ini digunakan untuk menyimpan bijirin, mengangkap ikan dan memburu binatang. Selain itu, masyarakat Neolitik juga pandai membuat alat tembikar daripada tanih yang dikeringkan. Alat tembikar ini digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Hasil tembikar ini menjadi lebih bermutu apabila roda ceper digunakan.

Kepercayaan
Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di alam ini mempunyai roh. Selain itu, mereka juga percaya bahawa semangat atau tuhan mengawal alam semesta. Sebab itulah mereka cuba memuja semangat yang mengawal alam semesta seperti banjir dan kemarau yang dianggap pemusnah pertanian. Masyarakat Neolitik juga mengamalkan adat dan upacara yang lebih maju dripada masyarakat sebelum ini. Contohnya, upacara pengebumian dan sebagainya.

Pakaian
Masyarakat Neolitik mula menenun kain daripada bulu binatang dan gentian-gentian tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Kini, mereke telah mula berpakaian kain dan jarang sekali mereka berpakaian kulit binatang. Mereka mendapati pakaian yang dibuat daripada kain adalah lebih selesa jika dipakai. Selain itu, berpakaian kain juga dapat menunjukkan bahawa mereka ini lebih tinggi tamadunnya kalau dibandingkan dengan orang yang berpakaian kulit binatang.

Aktiviti Perdagangan
Sejak Zaman Neolitik, aktiviti perdagangan telahpun mula dijalankan. Perdagangan dijalankan di antara kampung-kampung. Mereka saling menukar barang yang dikehendaki. Sistem tukar barang dikenali sebagai sistem barter. Selain perdagangan antara kampung dijalankan, mereka juga menjalankan aktiviti perdagangan dengan masyarakat yang berhampiran. Pada zaman ini, wang memang langsung tidak digunakan. Sistem yang diamalkan juga menemui pelbagai masalah, contohnya, kehendak yang serentak sukar dicapai di antara satu sama lain, unit ukuran atau kadar pertukaran sukar ditentukan dan sebagainya.

Organisasi Sosial
Organisasi sosial dalam bentuk kekeluargaan telahpun wujud pada zaman ini. Setiap keluarga mempunyai seorang ketua yang akan memimpin keluarga ini untuk melakukan aktiviti harian. Daripada kumpulan ketua keluarga ini, seorang akan dipilih untuk memimpin kampung ini. Tanggungjawabnya adalah menyelesaikan pertikaian di antara penduduk kampung dalam pelbagai perkara. Beliau juga dikenali sebagai ketua kampung.

Teknologi Baru
Zaman Neolitik telah mencapai perkembangan yang amat pesat dalam bidang infrastruktur. Pada zaman ini, roda buat pertama kali digunakan. Roda telah dicipta untuk menjadikan sistem perhubungan yang lebih cepat. Sebagai contoh, roda dipasang di kereta kuda membolehkan kereta kuda berjalan dengan lebih cepat. Selain ciptaan roda, kapal layar juga telah diciptakan. Ciptaan kapal layar membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain dengan mudah walaupun dipisah oleh lautan yang luas. Bukti penggunaan kapal layar ialah perjumpaan pelabuhan awal seperti Santubong dan Kuala Selinsing.