Khamis, 9 Oktober 2008

Zaman Paleolitik
Zaman Paleolitik (Bahasa Inggeris: Paleolithic atau Palaeolithic, Yunani:παλαιός (palaios) — purba dan λίθος (lithos) — batu) adalah zaman yang bermula kira-kira 50 000 hingga 100 000 tahun dahulu. Zaman ini wujud antara tahun 50 000 SM - 10 000 SM.
Pada zaman ini, manusia Peking dan manusia Jawa telah wujud. Di Afrika, Eropah dan Asia, manusia Neanderthal telah hidup pada awal tahun 50 000 SM, manakala pada tahun 20 000 SM, manusia Cro-magnon sudah menguasai kebudayaan moden di Afrika Utara dan Eropah.
Pada zaman ini, manusia hidup secara nomad atau berpindah-randah dalam kumpulan kecil untuk mencari makanan. Mereka memburu binatang, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan sebagai makanan. Mereka tidak tahu bercucuk-tanam. Mereka menggunakan batu, kayu dan tulang binatang untuk membuat peralatan memburu. Alat-alat ini juga digunakan untuk menetak dan mempertahankan diri daripada musuh. Mereka membuat pakaian daripada kulit binatang. Selain daripada itu mereka juga telah pandai menggunakan api untuk memasak, memanaskan badan dan menakutkan binatang. Mereka tahu menggunakan api apabila menyaksikan kebakaran hutan.
Manusia ini tinggal di dalam gua atau pondok yang diperbuat daripada ranting dan rumput. Gua atau pondok ini penting untuk melindungi diri daripada binatang liar atau cuaca buruk. Mereka mengamalkan kepercayaan animisme iaitu setiap benda mempunyai roh. Pada dinding gua terdapat gambar-gambar yang dilukis oleh mereka untuk melahirkan idea dan perasaan mereka.
Rujukan
Khoo, Kay Kim; Ahmad Fawzi bin Mohd. Basri; Mohd. Fo'ad bin Sakdan; Azami bin Man (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan 1. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN



Ciri-ciri Penempatan
Pada Zaman Paleolitik ini, manusia menggamalkan hidup secara berpindah-randah mencari kawasan baru atau dikenali sebagai hidup nomad.
Biasanya mereka tinggal di kawasan yang terbuka iaitu di luar gua, di dalam gua dan juga mereka hidup di kawasan sekitar tasik dan kolam.
Kegiatan dan Peralatan
Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian.
Mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun. Mereka juga mengamalkan cara hidup sara diri.
Selain itu, mereka menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian.
Kepercayaan
Dalam bab kepercayaan , mereka mengamalkan kepercayaan animisme.Mereka juga mengamalkan upacara perkuburan.
Lokasi Di Malaysia
Kota Tampan, Perak
Bukit Jawa, Perak
Bukit Bunuh, Perak
Gua Niah, Sarawak
Tingakayu, Sabah

Tiada ulasan: