Khamis, 9 Oktober 2008

Zaman Logam di Malaysia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar
Selepas Zaman Neolitik,teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah teknologi logam.Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.Pada zaman ini manusia telah mencipta alat gangsa dan besi.
Ciri-ciri Penempatan
Pada zaman ini mereka hidup menetap di sesuatu tempat tidak berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.Ada yang tinggal berhampiran dengan sungai dan ada yang masih tinggal di dalam gua.
Pada masa ini mereka mula mempunyai adat resam mereka yang tersendiri.
Kegiatan dan Peralatan
Mereka menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.Mereka juga bercucuk tanam , menangkap ikan , berburu binatang liar di hutan, menternak binatang ternakan, dan menjalankan perniagaan secara tukar barang.
Di antara alat-alat yang digunakan ialah kapak, sabit, pisau, dan mata lembing.Mereka juga menggunakan tulang mawas sebagai salah satu daripada alat yang mereka gunakan.
Kepercayaan
Pada Zaman Logam, mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.Mereka turut menjalankan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu.
Lokasi Di Malaysia
Sungai Tembeling, Pahang
Gua Harimau, Perak
Changkat Menteri, Perak
Lembah Bernam, Selangor

Tiada ulasan: